DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Ahad, 14 Ogos 2011

KONVOI RAMADAN PEMUDA PAS TAWAU


SABTU, 14-08-2011 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui Lajnah Sukan & Kebudayaannya mengadakan Konvoi Ramadan. Seramai 10 Buah Motor dan siap berikat dengan Bendera parti membuka mata masyarakat sekitar jalan apas petang semalam

Konvoi yang bergerak dari lokasi tempat berkumpul iaitu di Markaz Tarbiah PAS Tawau yang bermula seawal jam4.35 petang. Seramai 10 buah motorsikal yang terlibat dan sebuah kereta mengiringi konvoi tersebut.

Ketibaan rombongan konvoi kali ini disambut baik oleh Ajk Masjid Rahmatullah. Pihak masjid juga amat berbesar hati untuk menerima kunjungan Konvoi seterusnya bagi mengeratkan lagi hubungan.





Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan Sdr. Satuwo berkata, beliau amat berpuas hati dengan konvoi kali ini dan menganggap konvoi kali ini berjaya membuka mata masyrakat bahawa PAS tetap ada dimana-mana dan Anak Muda sentiasa bersama dengan PAS.

Beliau juga berkata bahawa, Pemuda PAS akan meneruskan konvoi ini pada minggu-minggu akan datang sepanjang bulan ramadan & akan terus mendekati masyarakat.

1 ulasan: