DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Rabu, 26 Ogos 2009

PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS SABAH




















"wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas oran-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"


AL-BAQARAH:183


Bulan ramadan ialah bulan ibadah,bulan tarbiah,bulan penyucian jiwa,bulan mendidik nafsu,bulan kasih sayang,dan bulan untuk mencari rahmat keampunan dan keredaan Allah s.w.t.Saya menyeru kepada diri saya,ahli keluarga,ahli PAS,serta kepimpinan PAS Kawasan dan seluruh masyarakat di Sabah agar mengambil ruang seratus peratus dalam bulan ramadan pada kali ini dilaksanakan dengan ikhlas, sudah semestinya natijah daripada amalan berkenaan dapat membina peribadi dan meningkatkan kualiti sahsiah diri masyarakat islam.

Bulan ramadan jangan sama sekali mendikan diri kita secara terus-menerus ditunggangi oleh tuntutan nafsu dengan membazir makanan,berbelanja secara boros, membuang masa, membanyakkan tidur dan melakukan perbuatan yang sia-sia. Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur dan sentiasa memikirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia ini untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t, agar wabak H1N1 yang melanda dunia sekarang ini tidak berpanjangan, kenaikan harga barangan dalam negara tidak berterusan, masalah sosial dapat dibendung dan kelembapan ekonomi dapat dipulihkan
Semua yang berlaku di depan mata kita sebenarnya ada hikmah dan pengajarannya.Perkara berkenaan dapat dibendung apabila seluruh masyarakat, rakyat, pemimpin kembali kepada islam.Mengabaikan dan meminggirkan islam bererti kita mendedahkan diri kepada kebinasaan samada dunia atau di akhirat

Akhir bicara,sekali lagi saya dan seluruh Kepimpinan PAS Sabah mengucapkan selamat melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan bersama keluarga tersayang, moga-moga Ramadan kali ini dapat menyinari kehidupan anda dengan amalan takwa secara berterusan.


"PAS UNTUK SEMUA"

Sekian, wassalam.

TUAN HAJI MOHAMAD ABDULLAH,
PESURUHJAYA,PAS
NEGERI SABAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan