DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Ahad, 8 Mei 2011

IBU.

Alhamdulillah summa walhamdulillah..

3 minggu berturut-turut terlibat sama melaksanakan dan memikul tanggungjawab dalam gerak kerja Jamaah Islam, kali ini sukaneka PASTI Tawau pula ditangguhkan kerana hujan lebat.

Sukaneka PASTI Tawau kali yang ke-24 dalam sejarah telah mengambil keputusan untuk menangguhkannya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. (maaf, gambar xdpt diupload)

Niat menulis bukan untuk mengulas berkenaan sukaneka atau apa-apa program.

Cuma pada kali ini tertarik bila melihat ucapan-ucapan sahabat-sahabat dilaman FB berkenaan ucapan untuk IBU sempena Hari Ibu. setiap seorang menyampaian ucapan yang tersendiri, ayat dan maksud yang berlainan sudah semestinya ditujukan pada IBU yang tercinta.

Bila melihat ucapan sahabat, teringat pula pada BONDA yang jauh dimata (bukan bermakna xingat langsung), tapi itulah hati seorang lelaki yang terlalu tinggi egoisnya berbanding dengan muslimat yang cepat tersentuh dalam sesuatu masa dan keadaan. Tapi jauh disudut hari nubari seorang lelaki tersimpan seribu satu persoalan. namun itulah lelaki.

Hari IBU. Semua sahabat-sahabat sibuk membuat ucapan masing-masing, ada yang megatur ucapan dengan teliti, dan ada yang membuat kad untuk disampaikan pada IBUnya, dan ada membuat Kek siap berhias untuk IBU, dan ada yang meraikannya di luar, namun itu cara yang digunakan oleh anak-anak zaman sekarang.

Seorang wanita yang bergelar IBU amat besar tanggungjawabnya bagi membesarkan anak-anaknya sehinggalah berjaya bila besar kelak dan ingin melihat anaknya menjadi seorang anak yang berguna, soleh-solehah itulah keinginan yang sangat-sangat diharapkan seorang IBU yang akhirnya TUA satu hari nanti.

Anak pula bila membesar dan sudah memiliki harta dan kereta mewah sudah mula melupakan IBU-AYAHnya, bila sampainya HARI IBU, baru nak ingat IBU..IBU...IBU...
bila ibu meminta tolong, sibuk dengan kerja, seribu satu alasan yang tercipta bagi memenuhi jawapan si ibu.

Hati seorang ibu tidak siapa yang tahu apa yang tertulis didalam hatinya.
Derita yang ditanggung tidak berani untuk dizahirkan,
Sedihnya tidak juga dizahirkan,
Menangisnya tidak juga siapa yang tahu,
Tempat mengadu bukan anak jadi tempatnya,
Tapi ALLAH la yang lebih utama yang layak mendengar masalahnya.

BUKAN HARTA YANG DIPINTA SEORANG IBU,
BUKAN KERETA MEWAH YANG DIINGINKAN,
BUKAN RUMAH MEWAH BERTINGKAT-TINGKAT DITUNGGU,
BUKAN WANG RINGGIT YANG DIIMPIKAN..

IBU hanya perlukan PERHATIAN dari anak-anaknya.

Ingatlah sahabat-sahabatku,
-10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA SEOARANG IBU,
-10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MEMBERI MAKAN SEORANG IBU,
-10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MEMBERIKAN PERHATIAN SEPENUHNYA PADA IBU,
-10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEORANG IBU,

tapi seorang ibu dapat menjaga serta mengasuh anaknya yang 10 itu,

..
IBU..IBU...
hati ini rasa berdosa pada mu,
hati ini rasa amat-amatbersalah padamu,
maka ampunkanlah diri ini,
halalkan lah makan minumku

diri ini amat menyayangimu.

SYURGAKU TERLETAK ATAS KEREDHAANMU...

(selamat hari ibu= Moga dirimu sentiasa sehat selalu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan