DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Ahad, 25 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH



Tarikh : 25 Oktober 2009

1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web atau blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (jika ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.

3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba "menangguk di air keruh" dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.


“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH

Pesuruhjaya,

PAS Sabah.AS Sabah.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan