DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Sabtu, 12 November 2011

Dewan Pemuda PAS Tawau ringankan beban Penduduk Kg. Kijang

12-11-2011. Sabtu : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau diketuai oleh Ketua Pemuda Kawasan Muhd Nazri Mukhtar dan beberapa Exko Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dekati masyarakat Kampung Kijang, Merotai Besar dengan memberikan sumbangan beberapa buah kampit beras kepada penduduk sekitar kampung yang mana memerlukan.

Kampung Kijang yang majoriti penduduknya adalah kaum Bugis dan kaum Tidung menyambut baik kedatangan PAS di Kampung itu. En Sarhan (Gambar) mewakili penduduk kampung serta tuan rumah membuka ucapan dengan mengucapkan jutaan berbanyak terima kasih kepada PAS kerana hadir ke kampung bagi membantu masyarakat kampung Kijang dimana penduduknya perlukan bantuan dan beliau juga merasa terkejut dengan kehadiran PAS yang sanggup datang ke rumah beliau.

Disusuli dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Muhd Nazri Mukhtar yang juga dalam ucapan beliau mewakili PAS Tawau mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran PAS di Kampung tersebut. Beliau (Gambar)menerangkan hasil sumbangan diberikan adalah daripada Tabung Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang di Pengerusikan oleh Sdr. Arizam.

Tabung Kebajikan yang mengutip sumbangan tahun ini mencecah sebanyak RM9545.00 dan hasil sumbangan telah diagih-agihkan mengikut kampung-kampung yang terdapat di daerah tawau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sebelum ini telah memasuki 4 buah kampung iaitu, Kampung Tg Batu Laut, Kampung Sungai Apas, Kampung Ranggu, Kampung Padang Terbang dan termasuklah Kampung Kunak Jaya, Kunak. (memetik Ucapan Ketua Pemuda)
Seramai dua puluh ahli keluarga menerima sumbangan daripada PAS Kawasan Tawau.


Bergambar bersama masyarakat kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan