DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Sabtu, 13 Ogos 2011

PAS TAWAU EDAR BUBUR LAMBUK PERCUMA





SABTU : 13/8/2011 : Bazaar Ramadan Sin Onn merupakan bazaar yang dipilih oleh PAS Tawau untuk mengedar Bubur Lambuk secara percuma pada masyarakat sekitar situ. Bermula pada jam4.35 petang tadi lebih, lebih kurang 25 orang ahli PAS Tawau turut bersama dengan
masyarakat dengan memberik
an Bubur Lambuk percuma.

Persiapan bagi menyiapkan bubur lambuk ini ber
mula seawal jam10.35 pagi tadi bertempat di PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria dan ketua untuk menyiapakn bubur lambuk ini diketuai oleh Sdr. Majid dan beberapa orang pembantunya.

Sebanyak 1000 bubur lambuk yang habis diedar termasuklah dibeberapa kawasan setempat yang menjadi sasaran.











Selain dari mengedar Bubur Lambuk, Melalui Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah menerbitkan Risalah Khas Ramadan iaitu Risalah Shoutul Syabab untuk edaran kepada masyarakat.




Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau Tuan Mohamad Husain berkata, beliau amat gembira dengan penerimaan masyarakat bahawa tidak mustahil pilihanraya akan datang Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia, serta Sabah tidak lagi dikatakan negeri yang menjadi penyumbang kepada kemenangan Umno Barisan Nasional pada peringkat Pusat dan malah masyarakat sudah bijak menilai dan memilih pemimpin yang lebih bertanggungjawab serta amanah dalam memimpin masyarakat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan