DEMONSTRASI BANTAH JUDI BOLA !!!!!!!!!!!

Khas Untuk Seorang Pejuang

Ahad, 2 Mei 2010

Ceramah Umum & Pimpinan PR Turun Padang.

01 / 05 /2010, Sabtu- Ceramah Pakatan Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada malam tersebut dimana penceramah-penceramah, wakil-wakil rakyat daripada pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir pada hari tersebut bagi menyampaikan isu-isu politik semasa negara mahupun isu-isu politik kenegerian. Antara penceramah yang hadir dari setiap parti pakatan yang terdiri daripada PAS yang diwakili-Tn Hj Hamzah Abdullah (Timb Pesuruhjaya PAS Sabah), DAP yang diwakili oleh YB Jimmy Wong Sze Phin (Adun Sri Tanjung) serta penceramah utama iaitu YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Manakala PKR pula yang diwakili Dato'Kong Hong Ming.Penduduk merotai yang hadir pada malam tersebut segelitir daripada penduduk kaum iban.
02 / 05 / 2010-Ahad, Rombongan daripada DAP iaitu YB Lim Kit Siang dan YB Jimmy Wong Sze Phin dan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau turun padang bagi melihat kawasan-kawasan di daerah Tawau hinggalah ke kawasan Kalabakan dan akan mengunjungi kawasan Landau dimana tanah penduduk dan peneroka dikawasan tersebut dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Rombongan bertolak seawal jam9.00 pagi dengan lima buah kereta. Perjalanan daripada kawasan Bandar (Tempat berkumpul) ke Kalabakan memakan masa selama sejam lebih kerana jalan disepanjang perjalanan tidak begitu baik. (Gambar) menunjukkan kami tiba di bulatan terbesar Kalabakan dekat dengan Kg Ulu Murut. Sebelum bertolak ke Kg Ulu Murut, YDP yang merupakan penunjuk arah dan juga orang yang sentiasa keluar masuk Kalabakan menerangkan sedikit sebanyak perkara-perkara yang beliau tahu berkenaan kawasan tersebut.


Kg Murut dekat Kalabakan merupakan destinasi pertama kami. Lebih 30 orang penduduk Murut yanghadir pada hari tersebut bagi berjumpa dan mengadu masalah kepada pimpinan Pakatan Rakyat. En Minih yang juga merupakan ketua penduduk Murut memberitahu kami bahawa, ramai masyarakat Murut yang ingin berjumpa dengan dengan Pimpinan PR tetapi pada hari tersebut merupakan Hari Cuti dan merupakan HariKeluarga bagi mereka dan pada hari itu juga merupakan pertandingan telah diadakan di salah sebuah padang di Kg tersebut dan menyebabkan ramai yang tidak dapat hadir.
(Gambar) Lihatlah wajah si kecil ini..Tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan memimpin kawasan dan bergelar "Wakil Rakyat" ini bagi merubah suasana landskap dan keadaan tempat yang sangat dhaif ini..Dimana wakil rakyat Kalabakan yang telah mengagung-agungkan slogan
1 Malaysia.?? dan adakah wakil rakyat ini melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat???Kawasan yang tiada Geran Tanah walaupun penduduk telah mohon berapa kali, namun pihak berwajib sering beri alasan dan sampai sekarang geran tidak lagi diberikan kepada penduduk yang mohon tanah.


Kelihatan YB Lim Kit Siang dan YB dari Serdang mendengar keluhan masalah dari salah seorang penduduk yang menjual di salah sebuah gerai runcit tepi jalan. Beliau mengadu bahawa bila waktu malam tiada lampu yang disediakan oleh pihak berwajib dan amat gelap bila orang ramai ingn keluar untuk membeli barangan harian pada waktu malam kerana keadaan yang gelap. Beliau juga mengadu tiada hospital atau klinik terdekat yang disediakan Kerajaan dan bilamana orang yang sakit memerlukan amat payah untuk ke bandar kerana jaraknya yang jauh dan memakan masa selama sejam untuk sampai ke hospital bandar tawau.
Harapan beliau agar pihak Pakatan Rakyat akan membawa perubahan kepada penduduk Kalabakan dan dapat menukar kerajaan yang telah lama ada..dan baju yang telah lama dan lusuh kena diganti dengan baju yang baru.
(Gambar)menarik perhatian rombongan kami untuk mengambil gambar di tugu peringatan sewaktu konferentasi berlaku di Kalabakan.
**Slogan hanya tinggal slogan. Rakyat yang terpaksa menanggung derita. Tapi wakil rakyat yang dah kaya raya tiada rasa kesedaran untuk ingin membantu rakyat di kawasan yang rakyat inginkan perubahan..Inilah dikatakan "1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan. PRU 13 merupakan penentu pilihan rakyat. Hanya rakyat saja yang dapat menukar landskap di arena politik dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat. InsyAllah.

Dicatat Oleh
Cintakan Syahid (1.00 am,04 / 05 / 2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan